Hakikat

Hakikatnya manusia ini 'tidak wujud', yang wujud hanyalah Allah
Hakikatnya dunia ini adalah sementara, jadi kenapa bersusah payah untuknya?
Hakikatnya yang mencipta manusia-manusia yang menyakitkan hati ini adalah Allah, mana mungkin kita menghina ciptaanNya
Hakikatnya yang mengetahui hikmah disebalik setiap kesusahan dan juga kesenangan kita adalah Allah
siapa kita untuk mengeluh mahupun riak
Hakikatnya yang menghantar segala kesusahan ini adalah si Sang Pencipta, masih mahu mengeluh?
Hakikatnya jika manusia membenci tetapi Allah meredhai, kenapa kita perlu gusar

Sedarlah wahai hati,
Yakinilah hakikat-hakikat ini

No comments: